BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571. Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).  Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.  Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1.  Khadijah Binti Khuwailid.
2.  Saudah Binti Zam'ah.
3.  Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4.  Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5.  Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6.  Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7.  Zainab Binti Jahsy.
8.  Maimunah Binti Harith.
9.  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN:  Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 IBU SUSUAN:   Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.  Al-Harith
2.  Muqawwam
3.  Zubair
4.  Hamzah ***
5.  Al-Abbas ***
6.  Abu Talib
7.  Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.  Abdul Ka 'bah
9.  Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
*Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
*Aku melihat cahaya dari lidahnya.
*Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
*Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
*Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
*Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
*Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
*Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
*Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
*Wajahnya seperti bulan purnama.
*Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
*Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. 

*Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
*Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
*Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
*Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
*Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
*Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
*Janggutnya penuh dan tebal menawan...
*Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

*Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
*Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
*Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

*Rambutnya terbelah di tengah.
*Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
*Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
*Seimbang antara kedua bahunya.
*Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

*Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
*Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
*Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
*Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
*Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

*Warna putihnya lebih banyak.
*Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
*Warna kulitnya putih tapi sihat.
*Kulitnya putih lagi bercahaya.
*Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
*Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
*Perutnya tidak buncit. 

*Badannya cenderung kepada tinggi,
*semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
 

KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.. Baginda adalah semulia-mulia insan di Tiap kali membaca pasal baginda rasullulah s.a.w. hati kita pasti terasa sayu....

Kisah Rasullullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, b ila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga,jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan
mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai p emi mpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah , aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah b ila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? Lalu baginda menjawab dengan
lembut, Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan d emi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KENAPA DAN KENAPA


KENAPA KITA DIUJI..?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

KENAPA KITA TIDAK MENDAPATKAN APA YANG KITA IDAM-IDAMKAN..? 
Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

KENAPA UJIAN SEBERAT INI..?
Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

RASA FRUSTASI..?
Surah Al-Imran ayat 139
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman".

BAGAIMANA KITA HARUS MENGHADAPINYA..?
Surah Al-Imran ayat 200
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung".

Surah Al-Baqarah ayat 45
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu"
 
APAKAH YANG KITA DAPAT DARI SEMUA INI..?
Surah At-Taubah ayat 111 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka"

KEPADA SIAPA KITA BERHARAP..?
Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Allah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"

KITA TAK DAPAT BERTAHAN LAGI..?
Surah Yusuf ayat 87
"dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafi"

Surah An-Nisaa' ayat 86
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu".



SUBHANALLAH...!

"Mari kita berbenah dan terus berbenah..untuk mempersembahkan yang terbaik dalam masa hidup kita... Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah... Di manapun. kapanpun dan dengan siapapun..selama ALLAH SWT menjadi "..just The ONE goal..“ Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Wallahua'alam Bisshowab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ATLANTIS YANG USAI

Istana Atlantis
Terpesona hati ku ketika membayangkan
Indah memukau berselimut kabut tipis umpama kayangan
Ketika itu sepasang mepati putih terbang beriringan
Hinggap dengan lembut di ranting kering nan rapuh

Ketika malam bertandang dan rembulan purnama menyapa
Tampak keduanya merenung mamandang di kejauhan
Akrab menyapa  malam yang kian bernderang 
Disiram cahaya rembulan
Hatiku kian terpesona
Lupa aku akan kesedihan
Tenang jiwa seolah akan kumiliki seluruh istana itu

Dingin malam tidak lagi kurasa
Deru angin tiada lagi mampu menggerakkanku
Pandangan ku jauh...
Jauh sejauh mataku mampu memandang
Sehingga ku lupa di mana kaki perpijak

Hmmmmmm....
Alangkah aku merasa megah dengan perasaanku
Hijau, Biru semua warna milikku
Terang, Gelap kini dalam dekapanku
Tiada seorangpun yang mampu mengubahku

Di Ketika pagi datang menyapa
Kokokan ayam seolah menyuruh pagi segera datang
Kicauan burung seolah cemburu dengan perasaanku
Sehingga fajar semburat merah membelah langit

Aku yang hanyut dalam perasaanku
Terlena aku....
Tenggelam aku...
Kumengharap agar pagi jangan menghampiri ku
Biarlah malam ini akan menemaniku

Mentari itu datang melimpahkan cahaya dengan angkuhnya...
Kau pecahkan ketenanganku
Kau bakar kedinginanku....
Kau bangunkan aku dari mimpiku

Tanpa memperdulikan aku
kau terus membakar
Kabut-kabut tipis itu kini mulai sirna
Seolah gembira dengan kesedihanku

Mimpiku kini kian berhujung
Anganku seolah-olah ingin segera pergi
Berganjak jauh meninggalkan aku...
Hanyut bersama pancaran surya yang menyala

Aku terus hanyut dalam perasaanku
Tak perduli lagi aku dengan pancaranmu
Ku Eratkan pejaman mataku agar sirna cahaya itu
Ku Pujuk hatiku untuk terus bertahan..
Bertahan... dan terus bertahan
Namun tak mampu aku

Adakah keindahan itu ada
Dikala kubuka mata ini
Masihkah terbentang indah
Mahligai itu dikala mimpiku usai..?

Buka lah mataku angin..
Mentari ...  hancurkanlah mimpiku
Walau hati kian berkecamuk..

Rumput itu ternyata masih menghijau..
Di bawahku taman-taman yang indah
Seolah mengharapkan kedatanganku
Membentang luas
Kabut tipis itu senantiasa menggodaku 
Untuk aku pergi terbang jauh
Dahan yang kupijak kian rawan

Berat hatiku untuk terbang lagi
Meninggalkan segala kebahagiaan itu
Namun haruskah aku bertahan
bertengger dan bersarang di dahan rapuh itu

Datang lah malam
Datanglah dengan membawa apa yang kau ambil dariku
Kembalikan mimpi indahku
Letakkan semula Istanaku yang sirna..

Aku akan menunggu dan terus menunggu
Sampai kutahu kamu tidak akan kembali lagi

Marwi @ 15 Oktober 2010, 20:25 Malam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DILEMA DALAM KEPASTIAN

Coba kamu lihat ketika mendung itu berarak
Menuju ke utara
Dimana di sana gunung yang kokoh megah berdiri menanti 
Yang akan mengkabut sepanjang hari,
Di ketika itu juga sang surya yang merah menyala
Mengubah seketika hari yang gelap seusai mendung usai berarak
Melewati lintangnya katulistiwa
Dedaunan yang seketika itu membasah kering kembali,
Panas dan terbakar seluruhnya
Kemudian barulah sang pelangi datang tersenyum bersama pasangannya
Seolah-olah gerbira dengan apa yang ada..

Hati ku..
Umpama mendung yang membawa hujan
Menyirami dimana ketika aku tak mampu bertahan
Menaungi diketika aku sedang dalam perjalanan
Membakar di kala aku dalam pemergian

Mendung...
Sesungguhnya kamu tidak pernah bertanya
Dimanakah bungaku.. yang memerlukan renjisan itu..
Tak pernah kamu bertanya
Mana dia taman yang saban hari menanti siraman itu

Kamu hanyalah utusan
Tugasmu hanyalah setia

Biarkan hatimu tidak serupa tindakanmu
Biarkan tindakanmu memecah keceriaan setengah insan
Namun itu adalah kudrat mu
Ikuti saja kemana angin menyeret
Tumpahkan saja dimana tuhan menyuruhmu

Walaupun dilema..
Dengan kemahuan manusia
Yang senantiasa ingin mengatur tuhan
Karena dilemamu adalah dalam kepastian

Hei... Bunga-bunga di taman
Tunggulah kedatangan ku
Jangan ada diantara kalian yang mengharapkan ku
Namun tunggulah dengan setia
Menantilah dengan ceria
nNikmatilah hidupmu
Hiasilah taman-taman mu
Dengan bunga yang berkembang semerbak mewangi

Sesungguhnya aku  lemah lagi rapuh
Jika kehendaknya tidak mampu membahagiakan mu
Diriku yang di tanganya akan menurut saja
Di mana aku harus berhenti
Ke mana aku harus berganjak
Di taman mana aku harus menguyur

Itu lah nanti pilihanku
Pilihan dimana kakikn berpijak
Di Langit mana kepalaku menjunjung
Bunga yang tegar bertahan
Bunga yang setia mendambakan
Bunga yang ikhlas dengan ketentuan tuhan.


Marwi - 14 Oktober 2010, 6:45am

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PABILA LARUT MALAM

Ketika ini 23:49:23 malam, Aku belum juga bisa tidur karena harus menjaga ladang penghasilan ku yang sedang subur menghasil pohon-pohon duit dimana tempat aku memetik rizqi ku, untuk menghibur hatiku dan mengurangi rasa mengantuk aku pun mulai mengapai Mouse untuk ku arahkan pada situs yang bisa menghibur mata yang sejak pukul 22:00 tadi sudah minta bantak guling waduuuh....

Oh.. Wanetku... aku harus menjaga hati pelangganmu karena Mottomu adalah "Kepuasan Anda Adalah Kebahagiaan Kami" tidak mengapa... Demi itu pemilikmu harus dengan ikhlas menghadapi keadaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MOTIVASIKAN DIRI MU DENGAN APA YANG ALLAH TELAH BERIKAN

Allah yang Maha Pemurah memberi kita ikan,
tetapi kita harus mengail untuk mendapatkannya.
Demikian juga Jika kamu terus menunggu waktu yang tepat,
mungkin kamu tidak akan pernah mulai.
Mulailah sekarang…
mulailah di mana kamu berada sekarang dengan apa adanya.

Jangan pernah fikirkan kenapa kita memilih seseorang untuk dicintai,

tapi sadarilah bahwa cintalah yang memilih kita untuk mencintainya.

Perkawinan memang memiliki banyak kesusahan,

tetapi kehidupan lajang/membujang juga memiliki suka-duka.
Buka mata kamu lebar-lebar sebelum menikah,
dan biarkan mata kamu setengah terpejam sesudahnya.

Menikahi lelaki atau wanita karena kecantikannya atau ketampanannya

sama seperti membeli rumah karena lapisan catnya.
Harta milik yang paling berharga bagi seorang lelaki di dunia ini adalah
hati seorang wanita.

Begitu juga Persahabatan, persahabatan adalah 1 jiwa dalam 2 raga

Persahabatan sejati layaknya kesehatan,
nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu

dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Sahabat adalah tangan Tuhan untuk menjaga kita.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,

tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain…
tapi menyesal-lah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.
Namun kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Karena semua manusia itu baik kalau kamu bisa melihat kebaikannya

dan menyenangkan kalau kamu bisa melihat keunikannya
tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan
kalau kamu tidak bisa melihat keduanya.

Begitu juga Kebijakan, Kebijakan itu seperti cairan,

kegunaannya terletak pada penerapan yang benar,
orang pintar bisa gagal karena ia memikirkan terlalu banyak hal,
sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dengan melakukan tindakan tepat.

Dan Kebijakan sejati tidak datang dari fikiran kita saja,

tetapi juga berdasarkan pada perasaan dan fakta.
Tak seorang pun sempurna.
Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak.
Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar
meskipun terbukti salah.

Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di depan

kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang berada di dalam kita.

Kamu tak bisa mengubah masa lalu….

tetapi dapat menghancurkan masa kini dengan mengkhawatirkan masa depan.

Bila Kamu mengisi hati kamu ….

dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan,
Kamu tak memiliki hari ini untuk kamu syukuri.

Jika kamu berpikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan

dan hari esok tanpa rasa takut,
berarti kamu sudah berada dijalan yang benar menuju sukses.

Dipetik Dari Tulisan
"Insan Kamil"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KU KHILAF TANPA PESAN


Walau kucuba tuk menerka
Gerangan apa yang mengganggu jiwa
Sehingga minda ini payah untuk merasa
Hati ini susah menerka


Mata terpejam seperti berdosa
Tubuh terbaring seperti hampa
Arch... Apa.


Bersalah,..! itu terlintas di fikiran
Kerana pada kekasih ku gagal mengirim pesan
Berdosa..! itu terdetak di raga
Lantaran bungaku yang mekar di taman tak dapat kusapa


Kasih..!
Keadaan membuat ku begini
Sayang..!
Waktulah yang membuatku bisu
Sehingga ku tega membuatmu sendiri di situ..
Tanpa pesan.. Tanpa Berita..
Tanpa untaian kata-kata yang acapkali kita ucapkan
di setiap penghujung sua...


Percaya lah kasih..
Rindu senantiasa mebelenggu di kala kau jauh..
Cinta selalu menggebu di saat kau tak mampu kusentuh..


Rindu dan Cinta untuk mu
Menjadi Malaikat yang mengiringi sentiap langkah ku
Menuggu saat jaga ku
menjaga di kala tidurku


Di kala puncak perjalanan kita menuju mercu kebahagian
Aku ternyata telah terpijak onak perjalanan
Sehingga langkahku terganggu di kala tertuju
Aku telah menerjah batu penghalang
Sehingga langkah tertatih
Walaupun di sana aku di nanti sang kekasih
Dengan sejuta kerinduan dalam seberkas pengharapan


Kasih..!
Walau pesan tidak bersua
Jangan diingat hati ini lupa
Walau kesan telan mengguris
Jangan biarkan cinta terkikis
Walau berita tak menjelma janganlah ia menjadi derita


Biarkan getar hati kita menjadi isyarat
Yang mampu mengirim pesan tentang kerinduan ini
Biarlah Jantung kita menjadi ibarat
Yang bisa membuka hijab yang membatasi


Biarlah ia seperti kaca
Yang bisa mengajar kita tentang kejujuran
Tentang kesungguhan
Tentang kesucian cinta yang selama ini kita pertahankan
Walaupun banyak arus dan gelombang
Yang Coba menduga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAINS DALAM SHOLAT BERJAMAAH


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS